LAMAN ILMU ASATIZAH 1448H | 2026M | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » LAMAN ILMU ASATIZAH 1448H | 2026M

LAMAN ILMU ASATIZAH 1448H | 2026M

BINTULU, 22 Ogos 2026 — Program Laman Ilmu Asatizah 1448H | 2026M telah berlangsung di Dewan Kuliah, Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Sarawak, dengan menampilkan Ustaz Dr. Suhadak Mahmud, Pakar Syariah & Tasawuf merangkap Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan.
 
Program pengisian ilmu ini membawakan kupasan buku “40 Mendidik Gaya Rasulullah”, yang mengetengahkan pendekatan pendidikan dan pembentukan insan berteraskan panduan serta teladan Rasulullah SAW.
 
Perkongsian yang disampaikan memberi penekanan kepada kepentingan para pendidik memahami pendekatan Rasulullah SAW dalam mendidik dengan hikmah, kasih sayang, kesabaran dan kebijaksanaan, khususnya dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini.
 
Semoga program ini menjadi medan menambah ilmu, memperkukuh kefahaman serta menyuntik semangat kepada para asatizah dan pendidik untuk terus memainkan peranan dalam melahirkan generasi yang berilmu, beradab dan berakhlak mulia.
 
Program ini dianjurkan oleh JKIM MLNG dengan kerjasama JAIS Bintulu dan UPM Sarawak.
 
 
 

 

Date of Input: 26/08/2026 | Updated: 26/08/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (02:09:40pm-02:14:40pm, 15 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]