LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA (LPNM) SARAWAK KE FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN PERHUTANAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA (LPNM) SARAWAK KE FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN PERHUTANAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

LAWATAN KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA (LPNM) SARAWAK KE FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN PERHUTANAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

6 Ogos 2026 – Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah menerima Lawatan Kunjungan Hormat daripada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sarawak. Delegasi LPNM diketuai oleh Encik Mohd Nazaiful Azdi bin Rahman, Pengarah LPNM Sarawak, bersama dua orang pegawai.

Delegasi tersebut telah disambut oleh Prof. Madya Dr. Noorasmah binti Saupi, Dekan FSPH, bersama barisan akademik fakulti yang terdiri daripada Dr. Ahmad Mustapha bin Mohamad Pazi, Ketua Unit Pendanaan, Pembangunan, Jaringan Industri dan Masyarakat (PJINM), Prof. Madya Dr. Zakry Fitri bin Ab. Aziz, Ketua Jabatan Sains Tanaman, Ts. Dr. Shiamala Devi A/P Ramaiya, Dr. Muhamad Aidilfitri bin Mohamad Roslan, dan Dr. Muhamad Azmi bin Mohammed.
 
Sepanjang sesi perbincangan, kedua-dua pihak telah membincangkan potensi kerjasama strategik dalam pembangunan industri nanas, termasuk cadangan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara LPNM dan UPMS. Turut dibincangkan ialah pelaksanaan program penyelidikan bersama, pemindahan teknologi, pembangunan modal insan, latihan, khidmat kepakaran, serta lawatan ke tapak projek yang berpotensi untuk pembangunan industri nanas di Sarawak.
 
Lawatan ini berjaya memperkukuhkan hubungan kerjasama antara LPNM dan UPMS serta membuka ruang kepada pelbagai inisiatif strategik yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Kerjasama yang bakal dijalinkan diharapkan dapat memperkasa penyelidikan, inovasi, pembangunan teknologi dan pengkomersialan dalam industri nanas, sekali gus menyokong agenda pembangunan sektor agromakanan dan pertanian mampan di Sarawak.
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 17/08/2026 | Updated: 17/08/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (10:28:14pm-10:33:14pm, 12 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]