LAWATAN PENANDA ARAS PERPUSTAKAAN UITM MUKAH KE PERPUSTAKAAN UPM SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » LAWATAN PENANDA ARAS PERPUSTAKAAN UITM MUKAH KE PERPUSTAKAAN UPM SARAWAK

LAWATAN PENANDA ARAS PERPUSTAKAAN UITM MUKAH KE PERPUSTAKAAN UPM SARAWAK

BINTULU, 13 Ogos 2026 – Perpustakaan Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu telah menerima kunjungan delegasi daripada Perpustakaan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Mukah dalam satu Lawatan Penanda Aras yang berlangsung pada 13 Ogos 2026.
 
Delegasi UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah diketuai oleh Penolong Rektor, Dr. Yussri bin Sawani, bersama beberapa orang pegawai dan kakitangan perpustakaan. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian pengetahuan, pengalaman serta amalan terbaik dalam pengurusan dan perkhidmatan perpustakaan, di samping mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi.
 
Sepanjang lawatan, delegasi UiTM Mukah berpeluang mendapatkan penerangan berkaitan pengurusan operasi perpustakaan, perkhidmatan kepada pengguna, pengurusan koleksi, kemudahan serta ruang pembelajaran, penggunaan teknologi dalam perkhidmatan perpustakaan dan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Perpustakaan UPM Sarawak.
 
Sesi perkongsian turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan mengenai cabaran semasa dalam pengurusan perpustakaan akademik serta pendekatan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengalaman pengguna.
 
Lawatan diteruskan dengan sesi lawatan sekitar Perpustakaan UPM Sarawak, yang membolehkan delegasi melihat secara langsung kemudahan, ruang perkhidmatan dan persekitaran pembelajaran yang disediakan untuk warga universiti.
 
Pihak Perpustakaan UPM Sarawak merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada delegasi UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah atas kunjungan dan perkongsian yang bermakna.
 
Diharapkan lawatan penanda aras ini dapat menjadi platform untuk memperkukuh jaringan profesional serta membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua perpustakaan pada masa akan datang.
 
“Berkongsi Ilmu, Memperkasa Perkhidmatan, Memperkukuh Jaringan.”
 
 

 

Date of Input: 17/08/2026 | Updated: 17/08/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (05:34:22pm-05:39:22pm, 14 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]