4 Mei 2026 – Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) bersama Pusat Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) Universiti Putra Malaysia telah mengadakan lawatan penanda aras ke Division of Endowment and Waqf (DEW) bagi tujuan perkongsian ilmu, pengukuhan jaringan kerjasama strategik serta memperkasakan pengurusan wakaf, zakat dan endowmen institusi.
Delegasi UPMS diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Shahrulrazid Bin Sarbini, Pengarah Kampus UPMS bersama Encik Noor Hakim Bin Ahmad, Ketua Pentadbiran UPMS dan Abang Syahman Hakim Bin Abang Mohamadin, Pegawai WAZAN UPMS.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah delegasi daripada WAZAN UPM yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Haris Bin Dahlan, Pengarah WAZAN UPM bersama pegawai-pegawai WAZAN yang lain.
Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh YBrs. Puan Hajjah Dayang Nor Hajijah Binti Haji Awang Daud, Pengarah Division of Endowment and Waqf (DEW) bersama warga kerja division berkenaan.
Lawatan ini menjadi platform penting dalam bertukar pandangan, berkongsi amalan terbaik serta meneroka pendekatan baharu dalam memperkukuh tadbir urus dan pembangunan pengurusan wakaf dan endowmen demi manfaat universiti serta masyarakat.
Semoga hubungan kerjasama strategik antara institusi akan terus diperkukuhkan dan memberi impak positif kepada pembangunan ekosistem wakaf, zakat dan infak pada masa hadapan.
Date of Input: 19/05/2026 |
Updated: 09/06/2026 | lanz
MEDIA SHARING