LAWATAN PENANDAARASAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI AKUAKULTUR DAN DIPLOMA TEKNOLOGI PENGELUARAN HERBA UiTM CAWANGAN SARAWAK KAMPUS MUKAH KE UPM SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK 127
» NEWS » LAWATAN PENANDAARASAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI AKUAKULTUR DAN DIPLOMA TEKNOLOGI PENGELUARAN HERBA UiTM CAWANGAN SARAWAK KAMPUS MUKAH KE UPM SARAWAK

LAWATAN PENANDAARASAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI AKUAKULTUR DAN DIPLOMA TEKNOLOGI PENGELUARAN HERBA UiTM CAWANGAN SARAWAK KAMPUS MUKAH KE UPM SARAWAK

UPM Sarawak berbesar hati menerima kunjungan delegasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak, Kampus Mukah dalam satu Lawatan Penandaarasan Akademik yang menjadi platform penting untuk perkongsian ilmu, pengalaman, amalan terbaik serta pertukaran pandangan dalam memperkukuh pengurusan dan kecemerlangan akademik.
 
Lawatan ini bukan sekadar kunjungan, tetapi turut membuka ruang kepada kedua-dua institusi untuk berkongsi pengalaman, meneroka peluang kerjasama dan memperkukuh jaringan strategik dalam bidang akademik serta pembangunan pendidikan tinggi.
 
Lawatan yang dijadualkan sehari itu telah berjalan lancar dan jayanya dengan sokongan daripada beberapa entiti terlibat iaitu Fakulti Sains Pertanian & Perhutanan (FSPH), Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan & Sains (FKPS), Pusat Pertanian Putra, UPMS (PPP) dan Perpustakaan,UPMS.
 
Sesi penutupan lawatan turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah UPMS, YBhg. Dr. Yussri bin Sawani, Penolong Rektor UiTM Mukah, YBrs. Prof. Madya Dr. Noorasmah binti Saupi, Dekan FSPH dan YBrs. Prof. Madya Dr. John Keen Chubo, Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar) FSPH.
 
Semoga jalinan yang terjalin melalui kunjungan ini terus berkembang dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif kolaboratif, perkongsian kepakaran dan amalan terbaik demi memperkasakan agenda pendidikan tinggi di Sarawak. 
 
Terima kasih UiTM Mukah atas kunjungan dan perkongsian yang bermakna. Semoga hubungan strategik ini terus subur dan memberi manfaat kepada kedua-dua institusi.
 
 
 
 

 

Date of Input: 17/08/2026 | Updated: 17/08/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (04:41:50am-04:46:50am, 06 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]