BINTULU, 6 Disember 2025 – Lebih 60 orang peserta telah mengambil bahagian dalam ‘Kursus Keterampilan Diri dan Asas Solekan yang dianjurkan bersama oleh Kesatuan Sekerja Pelaksana UPMS (KEPEKASA) dan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS). Program sehari ini telah berlangsung dengan jayanya di Restoran Baroqah, Bintulu, hari ini.
Kursus tersebut dirasmikan oleh Presiden KEPEKASA Tuan Haji Rodzlan bin Kasan dalam satu majlis ringkas yang penuh semangat. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan kursus seumpama ini dalam usaha memperkasakan wanita dan meningkatkan keyakinan diri melalui penampilan yang kemas dan profesional.
“Keterampilan diri adalah kunci utama dalam komunikasi dan interaksi sosial. Apabila kita yakin dengan penampilan kita, ia secara langsung meningkatkan motivasi dan kredibiliti kita, sama ada di tempat kerja mahupun dalam kehidupan seharian,” katanya.
Kursus ini dibahagikan kepada dua sesi utama yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah berkaliber. Sesi pertama kepada Asas Solekan telah dikendalikan oleh jurusolek profesional, Encik Garry Hilton anak Salang. Peserta diajar teknik-teknik solekan asas yang sesuai untuk kegunaan harian dan majlis rasmi, termasuk pemilihan warna dan produk yang betul mengikut jenis kulit.
Manakala sesi kedua lebih memfokuskan mengenai Keterampilan Diri telah disampaikan oleh pakar motivasi dan komunikasi, Dr. Yasmin Yaccob. Beliau memberi penekanan tentang etika berpakaian, bahasa badan, dan seni komunikasi berkesan.
Manakala sesi kedua yang berfokus Penganjuran kursus ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan KEPEKASA dan JWKS untuk menyokong pembangunan kemahiran insaniah dan teknikal dalam kalangan ahli persatuan dan komuniti setempat. Sambutan yang menggalakkan daripada 60 peserta menunjukkan kesedaran tinggi terhadap kepentingan kemahiran diri dan solekan dalam masyarakat kini.
Date of Input: 10/12/2025 |
Updated: 10/12/2025 | lanz
MEDIA SHARING