MAHASISWA UPMS DIDEDAHKAN DENGAN INOVASI AKUAKULTUR | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » MAHASISWA UPMS DIDEDAHKAN DENGAN INOVASI AKUAKULTUR

MAHASISWA UPMS DIDEDAHKAN DENGAN INOVASI AKUAKULTUR

BINTULU: Mahasiswa Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) didedahkan dengan kefahaman saintifik, teknologi, inovasi dalam pengurusan industri akuakultur serta membina jaringan strategik dengan pemain-pemain industri berkaitan.

Ia melibatkan inovasi dalam pembangunan teknologi akuakultur pintar berasaskan Internet Pelbagai Benda (IoT) iaitu peralatan, mesin, sensor dan peranti dihubungkan dengan internet, pengumpulan dan perpindahan data menerusi rangkaian.

Kaedah itu termasuk peningkatan kemahiran daripada sistem Arduino (platform elektronik sumber terbuka) kepada sistem ESP (Kawalan Kestabilan Elektronik)  sejajar dengan keperluan industri terhadap automasi, pemantauan masa nyata dan pendigitalan sistem akuakultur.

Kesemua sesi tersebut disiarkan secara langsung melalui TikTok dan Facebook rasmi Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan UPMS bagi membolehkan capaian yang lebih luas kepada masyarakat dan pengamal industri.

Penyelaras programnya Dr Nursyuhaida Md Shahid berkata, 'AquaInnovEx: Inovator Muda yang Memberi Inspirasi dalam Akuakultur' merupakan program anjuran Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPP) UPMS sebagai platform pembangunan inovasi akuakultur yang menghimpunkan kepakaran akademik, industri dan pelajar.

Katanya, program yang mendapat sokongan Dekan FSPP Prof Madya Dr Noorasmah Saupi dengan dibantu Ketua Pelajar sebagai pengarah program Max Pontavice Agas Mosses telah dirasmikan Ketua Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan UPMS Dr Masnindah Malahubban.

"Program ini turut mendapat sokongan Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Dato Majang Renggi yang mengharapkan inovasi pelajar menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat muda dalam bidang akuakultur yang akan memenuhi keperluan industri dan pembangunan komuniti setempat," jelasnya.

Beliau berkata, program ini juga sebagai pengiktirafan terhadap usaha memupuk budaya inovasi dan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar UPMS.

Jelasnya, program ini diadakan dalam dua siri webinar nasional serta pameran inovasi dan poster akuakultur dengan penglibatan pakar daripada institusi pengajian tinggi dan agensi industri di negara ini.

Webinar Siri 1 pada 26 November lepas yang melibatkan 98 peserta, menampilkan Prof Madya Dr Liew Hon Jung dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang mengupas  tajuk 'Penternakan Akua Pintar vs Keselamatan Makanan Akua' dan Dr Ahmad Syafiq Ahmad Nasir dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang membincangkan tajuk 'Akuakultur Generasi Akan Datang untuk Ekonomi Biru yang Berdaya Tahan'.

Webinar Siri 2 pada 3 Disember lalu pula menghimpunkan 293 peserta menampilkan Prof Madya Ts Dr Wan Nurul Nadiah Wan Rasdi dari UMT merupakan seorang pemenang pelbagai anugerah inovasi peringkat nasional dan antarabangsa, pembangunan ZooNutri Pre-Feed System (pemenang Anugerah Utama MPI 2024) dan Jelly Daphnia Cubic (pingat emas) yang membincangkanimpak signifikan terhadap pemakanan larva akuakultur.

Webinar ini turut disertai Dr Fathurrahman Lananan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang berkongsi kepakaran dalam Akuakultur Ketepatan dan sistem akuakultur lestari.

Kemuncak program pada Rabu lalu menampilkan ceramah khas serta Pameran Inovasi Akuakultur dengan penglibatan penceramah daripada akademia dan industri terdiri Dr Wan Zabidii Wan Morni (UPMS) dengan topik Mini-RAS untuk Pemula, Lirong Yu Abit dan Dr Mohamed Safi Abu Hassan dari Curtin University Malaysia membincangkan perkembangan serta hala tuju akuakultur masa hadapan.

Sementara itu, Pembantu Perikanan Kanan Robert McNamara Columba dari Seksyen Perikanan Darat Bahagian yang berkongsi perspektif berkaitan cabaran dan inovasi industri akuakultur.

 

Date of Input: 21/01/2026 | Updated: 21/01/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (04:52:10pm-04:57:10pm, 14 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]