MAJLIS BERSUA BERSAMA PENGARAH KAMPUS DAN PENGURUSAN UPMKB DENGAN PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA DAN PERSEDIAAN DIPLOMA SAINS SEMESTER PERTAMA SESI 2024/2025 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » MAJLIS BERSUA BERSAMA PENGARAH KAMPUS DAN PENGURUSAN UPMKB DENGAN PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA DAN PERSEDIAAN DIPLOMA SAINS SEMESTER PERTAMA SESI 2024/2025

MAJLIS BERSUA BERSAMA PENGARAH KAMPUS DAN PENGURUSAN UPMKB DENGAN PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA DAN PERSEDIAAN DIPLOMA SAINS SEMESTER PERTAMA SESI 2024/2025

BINTULU, 24 Julai 2024 - Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) baru-baru ini mengadakan sesi Majlis Bersua bersama Pengarah Kampus dan Pengurusan yang disampaikan oleh Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini. Majlis ini bertujuan untuk menyambut kedatangan pelajar baharu bagi sesi akademik 2024/2025 serta memperkenalkan ahli pengurusan UPMKB yang menjadi tunjang belakang universiti.
 
Dalam ucapannya, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini menekankan kepentingan meningkatkan jati diri dan kemahiran insaniah di kalangan pelajar. Beliau menyifatkan universiti sebagai fasa kehidupan yang penting dan penuh dengan cabaran, di mana pelajar perlu menimba sebanyak mungkin pengalaman untuk membantu mereka dalam kerjaya masa hadapan.
 
“Di UPMKB, kami berusaha untuk melahirkan graduan yang mempunyai perwatakan unggul. Oleh itu, adalah penting untuk setiap pelajar belajar menghormati satu sama lain, mengelakkan budaya buli, dan membina hubungan baik sesama mereka,” kata beliau.
 
Prof. Dr. Shahrul Razid turut mengingatkan pelajar agar meningkatkan jati diri dan mengelakkan daripada terlibat dalam aktiviti yang merosakkan diri. Beliau berharap para pelajar dapat memanfaatkan peluang yang ada di UPMKB untuk mengembangkan potensi diri mereka sepenuhnya.
 
Majlis ini juga menyaksikan pengenalan ahli pengurusan UPMKB yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran operasi dan kecemerlangan universiti. Ahli pengurusan yang diperkenalkan termasuk Dekan-Dekan Fakulti dan Ketua-ketua Jabatan yang lain.
 
Dengan adanya bimbingan dan sokongan daripada pihak pengurusan dan staf universiti diharapkan para pelajar baharu UPMKB dapat menjalani kehidupan kampus dengan lebih bermakna dan bersemangat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan peribadi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 25/07/2024 | Updated: 25/07/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (10:39:21pm-10:44:21pm, 12 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]