Pada 3 November 2024 yang lalu, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH) telah menganjurkan Majlis Syarahan Inaugural YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini yang bertajuk “Prebiotics, Feeding your Microbe for You” yang julung kali nya di adakan di UPMKB bertempat di Dewan Sri Kenyalang, UPMKB.
Syarahan Inaugural yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini berkenaan kepentingan pengambilan makanan berkhasiat untuk mengekalkan kesihatan. Strategi makanan berfungsi melalui penggunaan prebiotik merupakan salah satu langkah terapeutik yang boleh meningkatkan populasi mikrobiata baik dalam badan. Antara sumber makanan berpotensi menurut hasil kajian beliau adalah seperti sagu, lada hitam, dabai, rumpai laut, sarang burung dan banyak lagi.
Majlis yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Farhan Mohd Sadullah (Naib Canselor UPM) turut dihadiri bersama oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan UPM, Jemaah Dekan UPM, Pegawai Akademik dan Bukan Akademik UPMKB, ahli keluarga Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini serta pelajar FSPH.




















Date of Input: 08/11/2024 | Updated: 08/11/2024 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia