MERAZAN MECHANG, UPM SARAWAK RANGKUL NAIB JOHAN KATEGORI LAGU MELAYU ASLI FESTIVAL TARI & LAGU MELAYU ASLI (FTLA) SARAWAK KE-36 PERINGKAT ZON UTARA 2026 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » MERAZAN MECHANG, UPM SARAWAK RANGKUL NAIB JOHAN KATEGORI LAGU MELAYU ASLI FESTIVAL TARI & LAGU MELAYU ASLI (FTLA) SARAWAK KE-36 PERINGKAT ZON UTARA 2026

MERAZAN MECHANG, UPM SARAWAK RANGKUL NAIB JOHAN KATEGORI LAGU MELAYU ASLI FESTIVAL TARI & LAGU MELAYU ASLI (FTLA) SARAWAK KE-36 PERINGKAT ZON UTARA 2026

Bintulu, 4 Julai – Warga Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), Merazan Mechang, mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila berjaya merangkul Naib Johan Kategori Lagu Melayu Asli dalam Festival Tari & Lagu Melayu Asli (FTLA) Sarawak Ke-36 Peringkat Zon Utara 2026 yang berlangsung pada 3 hingga 4 Julai 2026 di Dewan Sri Kenyalang, UPMS.
 
Kejayaan tersebut melayakkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000.00, berserta piala dan sijil penghargaan sebagai pengiktirafan terhadap persembahan yang memukau dan penuh penghayatan.
 
Pertandingan kali ini menghimpunkan 11 peserta, terdiri daripada lima penyanyi lelaki dan enam penyanyi wanita yang mempersembahkan lagu-lagu Melayu asli dengan penuh disiplin, komitmen dan kehalusan seni vokal. Persembahan para peserta menyerlahkan keindahan serta kemerduan warisan lagu Melayu asli yang menjadi khazanah seni budaya negara.
 
UPMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan dorongan sepanjang persediaan pertandingan sehingga kejayaan ini dapat diraih. Pencapaian yang dicatatkan oleh Merazan Mechang membuktikan bahawa warga UPMS bukan sahaja cemerlang dalam bidang profesional dan akademik, malah turut memiliki bakat serta potensi besar dalam memartabatkan seni dan budaya di peringkat yang lebih tinggi.
 
UPMS optimis bahawa kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian pada masa hadapan, selaras dengan aspirasi universiti untuk terus unggul di peringkat Borneo dan antarabangsa. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Merazan Mechang atas kejayaan yang membanggakan ini.
 
UPMS TERUS MANSANG!
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 06/07/2026 | Updated: 06/07/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (09:07:37am-09:12:37am, 09 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]