MESYUARAT STRATEGIK: FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN PERHUTANAN (FSPH), UPM SARAWAK (UPMS) & LIAONING AGRICULTURAL VOCATIONAL AND TECHNICAL COLLEGE | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » MESYUARAT STRATEGIK: FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN PERHUTANAN (FSPH), UPM SARAWAK (UPMS) & LIAONING AGRICULTURAL VOCATIONAL AND TECHNICAL COLLEGE

MESYUARAT STRATEGIK: FAKULTI SAINS PERTANIAN DAN PERHUTANAN (FSPH), UPM SARAWAK (UPMS) & LIAONING AGRICULTURAL VOCATIONAL AND TECHNICAL COLLEGE

Satu mesyuarat strategik telah diadakan antara Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) dan Liaoning Agricultural Vocational and Technical College, China, sebagai langkah memperkukuh hubungan kerjasama akademik serta memperluas jaringan institusi di peringkat antarabangsa.
 
UPMS telah diwakili oleh Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini selaku Pengarah UPMS, Prof. Madya Dr. Noorasmah Saupi (Dekan FSPH), Dr. Masnindah Malahubban (Ketua Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan), Ts. Dr. Suhaili Mustafa (Penyelaras Program Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan), serta En. Mohd Amaludin Bin Salleh (Penolong Pendaftar Kanan Fakulti). Manakala Liaoning Agricultural Vocational and Technical College telah diwakili oleh Prof. Yu Haiqiu (Presiden), Prof. Cai Zhijun (Director of Academic Affairs Department), Prof. Wang Lige (Dean, School of International Education), Prof. Xun Zhifeng (Vice Dean, International Education College), dan Prof. Wang Xinzhu (Vice Dean, Pengpeng Pet Science College).
 
Perbincangan memfokuskan kepada potensi kolaborasi strategik antara kedua-dua institusi, khususnya dalam memperkasakan bidang Teknologi Veterinar. Antara inisiatif yang dikenal pasti termasuk pelaksanaan Flying Lecturer, mobiliti pelajar, pembangunan bersama kurikulum, serta pengukuhan kerjasama dalam pengajaran dan penyelidikan.
 
Kerjasama ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada usaha pengantarabangsaan pendidikan tinggi serta menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang kompeten dan berdaya saing di peringkat global.
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 10/04/2026 | Updated: 10/04/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (11:33:05am-11:38:05am, 08 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]