MUKHAYYAM IKHWAH IKRAM SARAWAK 2026 PERKUKUH UKHUWWAH DAN KETAHANAN DIRI | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » MUKHAYYAM IKHWAH IKRAM SARAWAK 2026 PERKUKUH UKHUWWAH DAN KETAHANAN DIRI

MUKHAYYAM IKHWAH IKRAM SARAWAK 2026 PERKUKUH UKHUWWAH DAN KETAHANAN DIRI

BINTULU, 30 Ogos 2026 – Seramai 45 orang ikhwah menyertai Mukhayyam Ikhwah IKRAM Negeri Sarawak 2026 yang berlangsung selama dua hari, bermula 29 hingga 30 Ogos 2026 di Hutan Nirwana, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMS.
 
Program yang dianjurkan bagi menghimpunkan peserta daripada seluruh Sarawak itu dikendalikan oleh Pengarah Program, Muhammad Naufal bin Jeman. Mukhayyam tersebut memberi penekanan kepada aspek pembinaan sahsiah, pengukuhan ukhuwah, ketahanan jasmani dan mental serta penguasaan ilmu dan pengisian kerohanian dalam kalangan peserta.
 
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk team building, explorace, aktiviti kecergasan, halaqah al-Quran, tazkirah, pengisian thaqafi, wargame dan long march. Peserta turut dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi melaksanakan tugasan secara berkumpulan yang menekankan aspek kepimpinan, kerjasama, disiplin, komunikasi dan penyelesaian masalah.
 
Selain aktiviti fizikal, peserta turut mengikuti pengisian berkaitan al-Quran, hadis, sirah dan biografi tokoh, di samping sesi tasmik dan perbincangan dalam kumpulan. Menurut pihak penganjur, pendekatan mukhayyam yang menggabungkan aspek ruhiyah, jasadiyah dan thaqafiyah diharap dapat membentuk peserta yang lebih berdisiplin, mempunyai daya tahan serta mampu bekerja secara berpasukan dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah dan kemasyarakatan.
 
Program berakhir dengan majlis penutupan dan taujihat qiyadah, selain penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi terbaik sepanjang program. Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta, urus setia dan pihak yang terlibat dalam menjayakan Mukhayyam Ikhwah IKRAM Negeri Sarawak 2026.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 02/09/2026 | Updated: 02/09/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (01:44:15pm-01:49:15pm, 08 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]