PASANGAN KEMBAR ALISA DAN ELIANA CURI TUMPUAN DENGAN PERSEMBAHAN ‘NIRMALA’ DI KONVOKESYEN UPM KE-49 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » PASANGAN KEMBAR ALISA DAN ELIANA CURI TUMPUAN DENGAN PERSEMBAHAN ‘NIRMALA’ DI KONVOKESYEN UPM KE-49

PASANGAN KEMBAR ALISA DAN ELIANA CURI TUMPUAN DENGAN PERSEMBAHAN ‘NIRMALA’ DI KONVOKESYEN UPM KE-49

Keunikan persembahan lagu ‘Nirmala’ oleh pasangan kembar Alisa Anthony dan Eliana Anthony mencuri perhatian hadirin pada Majlis Konvokesyen UPM Ke-49 (Sidang 1), semalam.
 
Alisa dan Eliana, 18, pelajar Diploma Perhutanan, Jabatan Sains Perhutanan, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), memukau hadirin dengan nyanyian dwibahasa — Bahasa Melayu dan Bahasa Tamil yang menghidupkan semula lagu ikonik Dato’ Siti Nurhaliza dengan sentuhan tersendiri.
 
Berasal dari Kulim, Kedah, pasangan kembar ini mengakui minat terhadap dunia nyanyian telah dipupuk sejak kecil hasil sokongan keluarga yang gemar menyanyi dan aktif menyertai pertandingan sejak di bangku sekolah.
 
Mereka berlatih selama tiga bulan bagi memastikan persembahan terbaik pada Majlis Konvokesyen UPM Ke-49 (Sidang 1). Mereka akui mengimbangi masa antara pelajaran dan latihan bukanlah sesuatu yang mudah, namun semangat serta minat mendalam terhadap muzik menjadi kekuatan utama mereka.
 
Pasangan kembar ini berhasrat untuk terus belajar dan menyanyi seiring dalam mencapai cita-cita, sambil menjadikan lagu-lagu Dato’ Siti Nurhaliza sebagai sumber inspirasi utama.
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 11/11/2025 | Updated: 11/11/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (04:18:56pm-04:23:56pm, 11 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]