PELAJAR BSPMP MEMBENTANGKAN PENYELIDIKAN DALAM SEMINAR DISERTASI BACELOR | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK 127
» NEWS » PELAJAR BSPMP MEMBENTANGKAN PENYELIDIKAN DALAM SEMINAR DISERTASI BACELOR

PELAJAR BSPMP MEMBENTANGKAN PENYELIDIKAN DALAM SEMINAR DISERTASI BACELOR

Jabatan Sains Sosial dan Pengurusan (JSSP) telah menganjurkan Seminar 1 pada 23 Januari 2026 dan Seminar 2 pada 15–16 Januari 2026 bagi kursus FEM4959A dan FEM4959B Disertasi Bacelor. Seramai 39 orang pelajar daripada program Sarjana Muda Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan (Kepujian) telah membentangkan hasil penyelidikan mereka dalam sesi seminar tersebut.
 
Seminar 1 dan 2 ini memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi hasil kajian, menerima maklum balas serta terlibat dalam perbincangan penyelidikan akademik. Kedua-dua sesi seminar telah berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang baik antara pelajar dan pensyarah.
 
Pihak jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pensyarah JSSP atas dedikasi dan komitmen mereka sebagai penyelia serta panel seminar. Bimbingan dan sokongan yang diberikan amat bermakna dalam memastikan kejayaan penganjuran kursus ini.

 

 

Date of Input: 05/02/2026 | Updated: 05/02/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (02:09:41pm-02:14:41pm, 05 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]