Kolej Sri Rajang, UPMKB dengan kerjasama Bahagian Kaunseling dan Pemerkasaan Mahasiswa,PPL telah menghantar 3 orang pelajar menyertai ke Pertandingan Young Motivator (UMAC) di UPM Serdang untuk saringan separuh akhir.
Program yang dianjurkan oleh Bahagian Kaunseling UPM telah disertai oleh 18 orang pelajar dari 10 kolej kediaman. Dua pelajar UPMKB telah berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir iaitu Stephanie Ngu Moon Chi dan Wan Irfan Hakim bin Wan Ismail.
Wan Irfan Hakim bin Wan Ismail yang merupakan pelajar Diploma Perniagaan Tani telah berjaya mendapat tempat ketiga sekaligus membawa wang tunai RM250.00. Hadiah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Siti Aqlima Binti Ahmad, Pengarah Pusat Alumni mewakili Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).
Date of Input: 25/06/2024 |
Updated: 25/06/2024 | lanz
MEDIA SHARING