BINTULU, 24 November 2025 – 17 orang pelajar Bacelor Sains Kimia Perindustrian dengan Kepujian dan 3 orang pensyarah dari Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah mengadakan lawatan industri ke Sakura Ferroalloys Sdn. Bhd., bertujuan memberi pendedahan langsung mengenai operasi industri berat, keselamatan tapak, dan proses pengeluaran mangan ferroalloy. Rombongan tiba di Sakura pada jam 9.30 pagi dan disambut mesra oleh pegawai syarikat iaitu Cik Belinda Darius (Senior HR Officer), Cik Phoebe Mahran (HR Officer), dan Cik Rose Bibi (Management Assistant).
Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat keselamatan yang disampaikan oleh En. Tadam Sinawat, Security, Loss and Control Manager, sebelum peserta menukar kepada PPE yang disediakan. Peserta turut menikmati jamuan ringan sebelum memulakan lawatan kilang. Sesi Plant Tour selama satu setengah jam itu dikendalikan oleh Cik Bernadine Salo (Senior Production Engineer), Cik Amanda Hanson (SHEQ Officer) dan Encik Joel Sambang (ESG Officer), yang membawa peserta meninjau kawasan operasi, peralatan utama, serta prosedur pengeluaran mangan ferroalloy yang dilaksanakan di Sakura.Semasa sesi lawatan, peserta menghadiri sesi pembentangan yang mengetengahkan maklumat korporat dan operasi syarikat.
Menurut Dr. Ellie Teo (UPMS), lawatan ini bukan sahaja memberikan pendedahan industri yang bernilai, malah membuka ruang kerjasama antara UPM dan Sakura dalam bidang latihan industri, penyelidikan, pembangunan bakat dan aktiviti akademik lain.
Aynn Teoh, pelajar tahun ketiga program Bacelor Sains Kimia Perindustrian berkata bahawa lawatan sedemikian sangat bermanfaat kepada dia kerana ia memberi peluang untuk memperkukuhkan pengetahuan dalam topik besi dan aloi iaitu salah satu topik penting dalam kursus CHY3503 Kimia Tak Organik Perindustrian.
Lawatan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan UPMS dalam melahirkan graduan yang bersedia untuk industri dah boleh menggabungkan ilmu teori yang dipelajari dalam kelas dengan keadaan sebenar di industri kimia yang dinamik dan kompetitif di peringkat global.
Date of Input: 10/12/2025 |
Updated: 10/12/2025 | lanz
MEDIA SHARING