PEMADAM NEGERI SARAWAK HULUR SUMBANGAN KEPADA PELAJAR TERJEJAS BANJIR DI UPM KAMPUS BINTULU SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK 127
» NEWS » PEMADAM NEGERI SARAWAK HULUR SUMBANGAN KEPADA PELAJAR TERJEJAS BANJIR DI UPM KAMPUS BINTULU SARAWAK

PEMADAM NEGERI SARAWAK HULUR SUMBANGAN KEPADA PELAJAR TERJEJAS BANJIR DI UPM KAMPUS BINTULU SARAWAK

Bencana banjir besar yang telah melanda Bintulu pada 28 - 29 Januari dan 5 Februari 2025 lepas telah mengakibatkan UPM Kampus Bintulu terkesan iaitu Lima (5) buah Blok Kediaman pelajar di Kolej Sri Rajang dan beberapa buah rumah staf telah dilanda banjir kilat. Banyak kemusnahan harta benda berlaku sepanjang masa tersebut.
 
Melalui Program PEMADAM Prihatin, PEMADAM negeri Sarawak melalui Kelab PEMADAM Mahasiswa UPMKB yang prihatin dengan musibah ini telah berbesar hati menghulurkan bantuan sebanyak RM4000 berupa wang tunai dan makanan kering kepada seramai 200 orang pelajar yang terkesan pada masa tersebut. Sumbangan ini telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Bin Sarbini selaku Pengarah Kampus kepada semua pelajar terjejas.
 
YBrs. En. Munawwar Ismail selaku Setiausaha Eksekutif PEMADAM Negeri Sarawak berharap dengan adanya bantuan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban pelajar tak kira dari segi kewangan dan mental kerana musibah yang datang ini berlaku semasa pelajar dalam persiapan dan sedang menghadapi ujian.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 07/02/2025 | Updated: 07/02/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (02:14:19pm-02:19:19pm, 05 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]