PEMERKASAAN PENDIDIKAN, KEUSAHAWANAN DAN TEKNOLOGI PERTANIAN MODEN MENTRANSFORMASI KOMUNITI RH. JUNGAN DI BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » PEMERKASAAN PENDIDIKAN, KEUSAHAWANAN DAN TEKNOLOGI PERTANIAN MODEN MENTRANSFORMASI KOMUNITI RH. JUNGAN DI BINTULU

PEMERKASAAN PENDIDIKAN, KEUSAHAWANAN DAN TEKNOLOGI PERTANIAN MODEN MENTRANSFORMASI KOMUNITI RH. JUNGAN DI BINTULU

BINTULU, 25 Julai 2026 — Satu siri projek khidmat komuniti berimpak tinggi yang merangkumi pendidikan, keusahawanan, dan pertanian telah berjaya dilaksanakan di Rh. Jungan, Bintulu. Inisiatif ini mendapat sokongan penuh dana Geran Minor Rural Project (MRP) bernilai RM100,000 daripada Ahli Parlimen P.217 Bintulu, Yang Berhormat Dato' Seri Tiong King Sing.
 
Bagi memperkukuhkan agenda pendidikan, Program English Empowerment & STEM Literacy Komuniti Rh. Jungan 2026 (Fasa 3) yang diketuai Tuan Haji Fakhzan Hj. Buang menghimpunkan 28 orang pelajar Tahap 1 dan 2 dari tiga buah rumah panjang berdekatan. Melalui modul interaktif seperti RoboStack Challenge, DIY Car Challenge, PicTales Challenge, Mystery Detective, dan BeeSmart Spelling Challenge, para pelajar dipupuk minat terhadap bidang STEM dan Bahasa Inggeris, serta membina keyakinan diri, pemikiran kritis, dan sahsiah diri holistik.
 
Selain itu, Program Keusahawanan Perniagaantani Komuniti Rh. Jungan 2026 diketuai Dr. Anita Rosli menghimpunkan 34 peserta dari Rumah Jungan, Rumah Sam, dan Rumah Micheal Bilong. Program ini mendedahkan peserta kepada pengurusan projek pertanian, kewangan, dan strategi pemasaran oleh Dr. Anita Rosli dan Dr. Ismawati. Wakil AgroBank (Encik Wilson Kamis Tagal) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Cik Nur Alyaa Rothman) turut hadir memberi pendedahan mengenai peluang bantuan kewangan serta faedah penubuhan koperasi agar penduduk melihat sektor pertanian sebagai perniagaan bernilai tinggi.
 
Turut diadakan serentak, Program Fertigasi Pertanian Lestari Rh. Jungan 2026 diterajui Encik Nalong Buda dan Encik Dennis Len Gouk bagi menyokong pemodenan pertanian komuniti. Program ini menumpukan pembinaan struktur lindungan hujan dan pemasangan sistem fertigasi moden sebagai landasan teras penyediaan infrastruktur fizikal sebelum fasa penanaman berskala lebih sistematik dimulakan secara rasmi.
 
Penganjuran ketiga-tiga inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan pihak universiti, agensi kerajaan, dan kepimpinan tempatan dalam membawa perubahan positif yang mampan kepada komuniti luar bandar.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 26/08/2026 | Updated: 26/08/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (11:43:25am-11:48:25am, 08 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]