PENYERTAAN UPM SARAWAK DALAM KARNIVAL JOM MASUK U 2026 DI PANTAI TIMUR SABAH | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » PENYERTAAN UPM SARAWAK DALAM KARNIVAL JOM MASUK U 2026 DI PANTAI TIMUR SABAH

PENYERTAAN UPM SARAWAK DALAM KARNIVAL JOM MASUK U 2026 DI PANTAI TIMUR SABAH

Pejabat Pengurusan Akademik dan Penyelidikan (PPAP) UPM Sarawak diketuai oleh Tuan Haji Sudirman, ketua pemtadbir PPAP UPMS telah menyertai Karnival Jom Masuk U 2026 yang berlangsung pada 7 & 8 Februari 2026 bertempat di Dewan Sukan Tertutup, Kompleks Sukan Tawau, Sabah.
 
Penyertaan ini menyasarkan pelajar sekolah menengah, lepasan SPM/STPM/Matikulasi/Asasi, ibu bapa, guru kaunseling serta masyarakat umum, dengan tujuan mempromosikan program pengajian, laluan kemasukan serta perkhidmatan akademik dan penyelidikan UPM Sarawak melalui sesi penerangan dan interaksi langsung, sekali gus meningkatkan keterlihatan universiti khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah.
 
Program telah dirasmikan oleh YB Datuk Lo Yu Fui, Ahli Parlimen P.190 Tawau dan turut hadir Dr Samsuri Abdullah Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 11/02/2026 | Updated: 11/02/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (04:18:09pm-04:23:09pm, 11 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]