Bintulu, 28 Ogos 2026 - Satu perlawanan persahabatan pickleball telah menganjurkan pertemuan mesra antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bintulu dan Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS). Perlawanan yang berlangsung dari jam 7.00 malam hingga 9.00 malam itu diadakan di Kenyalang Central Pickleball Bintulu, melibatkan Gelanggang B1 dan B2.
Program yang julung kali diadakan ini bertindak sebagai platform terbaik bagi memupuk semangat kesukanan, gaya hidup sihat, serta mengeratkan silaturahim antara agensi. Acara persahabatan tersebut menyaksikan penyertaan yang menggalakkan daripada wakil kedua-dua pihak, merangkumi pemain lelaki dan wanita yang beraksi dalam suasana penuh muhibah dan ceria.
Selain meningkatkan kecergasan fizikal melalui sukan pickleball yang kian popular, penganjuran perlawanan ini turut memperkukuh jalinan kerjasama dan hubungan komuniti antara PDRM Bintulu dengan warga UPMS.

Date of Input: 02/09/2026 | Updated: 02/09/2026 | lanz

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia
Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia