BINTULU, 31 Okt - Pro Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Tan Sri Peter Chin Fah Kui mengadakan lawatan dan ramah mesra bersama Ahli Pengurusan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB), hari ini.
Lawatan Tan Sri Peter Chin telah disambut oleh Pengarah UPMKB, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini turut membincangkan usaha memperkukuh UPMKB sebagai institut pengajian tinggi yang terulung dalam bidang pertanian dan agro makanan di Sarawak.
Beliau juga diberi penerangan berkaitan peranan UPMKB sebagai Hub Penyelidikan Pertanian dan Perhutanan, etnik Sarawak dan ekonomi sosial akan meningkatkan lagi kolaborasi dengan kerajaan Sarawak yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat.
Turut hadir, Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Prof. Madya Dr. Noorasmah Saupi, Dekan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, Prof. Madya Ts. Dr. Wong Tze Jin, Pengarah Institut Ekosains Borneo, Dr. Syeed SaifulAzry Osman Al Edrus, Pengetua Kolej Sri Rajang, Dr. Tengku Sharifah Marliza Tengku Azmi, Ketua Pentadbiran Pejabat Pendaftar, Noor Hakim Ahmad, Ketua Bahagian Kewangan, Zuraida Abu Bakar, Timbalan Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat, Siti Rajanah Abdul Aziz, Ketua Perpustakawan, Awang Ahmad Faiz Awang Dahlan, Ketua Pentadbiran Pejabat Pengurusan Akademik dan Penyelidikan, Sudirman Asmadi dan Ketua Pentadbir Pejabat Pengurusan Pelajar, Mohamad Syukri Mohamad Adnan.
Date of Input: 04/11/2024 |
Updated: 04/11/2024 | lanz
MEDIA SHARING