PROF. DR. SHAHRUL RAZID SARBINI DIANUGERAHKAN TOKOH MAAL HIJRAH KATEGORI PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN 1446H/2024M PERINGKAT NEGERI SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK 127
» NEWS » PROF. DR. SHAHRUL RAZID SARBINI DIANUGERAHKAN TOKOH MAAL HIJRAH KATEGORI PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN 1446H/2024M PERINGKAT NEGERI SARAWAK

PROF. DR. SHAHRUL RAZID SARBINI DIANUGERAHKAN TOKOH MAAL HIJRAH KATEGORI PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN 1446H/2024M PERINGKAT NEGERI SARAWAK

Setinggi-tinggi Tahniah kepada YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini daripada Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMKB penerima Anugerah Ma'al Hijrah bagi Kategori Penyelidikan & Pembangunan sempena Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/ 2024M.
 
Majlis Penganugerahan disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada Ahad, 7 Julai bersamaan 1 Muharam 1446H, di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching.
 
Warga Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) mengucapkan TAHNIAH atas penganugerahan dan semoga ia dapat menjadi pendorong kepada YBhg. Prof. untuk terus berjasa dan berbakti dan terus mansang. Didoakan jua ianya menjadi inspirasi dan dedikasi kepada warga UPMKB untuk terus cemerlang dalam perkhidmatan, selain sumbangan yang signifikan kepada masyarakat.
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 09/07/2024 | Updated: 09/07/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (04:22:00am-04:27:00am, 06 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]