PROGRAM “BORN TO BE A LEADER (SUJANA)” PERKUKUH NILAI KEPIMPINAN PELAJAR SMK BINTULU | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK 127
» NEWS » PROGRAM “BORN TO BE A LEADER (SUJANA)” PERKUKUH NILAI KEPIMPINAN PELAJAR SMK BINTULU

PROGRAM “BORN TO BE A LEADER (SUJANA)” PERKUKUH NILAI KEPIMPINAN PELAJAR SMK BINTULU

BINTULU, 11 April – Sebuah program kepimpinan bertemakan "Born to Be a Leader (SUJANA)" telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu dari 7 hingga 11 April, hasil kolaborasi antara Kelab Penyayang Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kelab Penyayang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB), dan pihak sekolah.

Program ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar sekolah dalam aspek kepimpinan, tanggungjawab serta keprihatinan sosial, khususnya dalam kalangan barisan pengawas dan pemimpin pelajar.
 
Rombongan Kelab Penyayang UMS tiba di UPMKB pada 7 April dan menginap di kampus sehingga 10 April. Sepanjang berada di UPMKB, pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya sesi bonding bersama ahli Kelab Penyayang UPMKB di Pantai Tanjung Batu, sesi jelajah kampus serta program Training of Trainer (ToT) bagi mempersiapkan ahli sebagai fasilitator untuk program utama di SMK Bintulu.
 
Menurut wakil Kelab Penyayang UPMKB, sesi ToT menjadi satu platform penting dalam membentuk keyakinan serta kemahiran komunikasi dalam kalangan fasilitator sebelum mereka berinteraksi secara langsung dengan pelajar sekolah.
 
Kemuncak program berlangsung pada 10 April apabila para fasilitator dari UMS dan UPMKB mengendalikan pelbagai modul pembangunan diri bersama pelajar SMK Bintulu. Modul yang disampaikan memberi tumpuan kepada aspek kepimpinan berkesan, pengurusan tanggungjawab serta pembinaan jatidiri sebagai pemimpin berwawasan.
 
Selain itu, program ini turut memberi ruang kepada peserta dan fasilitator untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan membantu kawasan sekolah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
 
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Cikgu Chiong Lee Sze selaku Guru Penolong Kanan 1 SMK Bintulu pada terikh 11 April 2025. Pihak penganjur berharap penganjuran program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha menyemai nilai kasih sayang, kepimpinan dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 15/04/2025 | Updated: 15/04/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (02:10:14pm-02:15:14pm, 05 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]