PROGRAM JIWA PUTRA @ PLOGGING CETUS SEMANGAT KESUKARELAWANAN DAN KELESTARIAN DALAM KALANGAN MAHASISWA BAHARU UPMS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » PROGRAM JIWA PUTRA @ PLOGGING CETUS SEMANGAT KESUKARELAWANAN DAN KELESTARIAN DALAM KALANGAN MAHASISWA BAHARU UPMS

PROGRAM JIWA PUTRA @ PLOGGING CETUS SEMANGAT KESUKARELAWANAN DAN KELESTARIAN DALAM KALANGAN MAHASISWA BAHARU UPMS

BINTULU, 18 Julai 2026 – Sekretariat Kesukarelawanan dan Pengantarabangsaan, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sri Rajang, Sesi Akademik 2026/2027, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah berjaya menganjurkan Program Jiwa Putra @ Plogging pada 18 Julai 2026 (Sabtu) sempena Hari Kolegrasi 2026/2027 bagi memupuk semangat kesukarelawanan, kecintaan terhadap alam sekitar dan nilai kebersamaan dalam diri pelajar-pelajar baharu.
 
Program ini telah berjaya menghimpunkan kira-kira 350 orang pelajar baharu Diploma dan Pra Diploma dalam satu inisiatif yang menggabungkan aktiviti riadah dan pemeliharaan alam sekitar. Aktiviti plogging yang dijalankan di sekitar kawasan kampus UPMS memberi peluang kepada para peserta untuk mengutip sampah sambil melakukan aktiviti berjalan dan berjoging. Pendekatan ini bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat, malah menyemai kesedaran bahawa setiap individu memainkan peranan penting dalam memastikan persekitaran kampus sentiasa bersih, selamat dan lestari.
 
Lebih daripada sekadar aktiviti gotong-royong, Program Jiwa Putra @ Plogging menjadi platform awal dalam membentuk jati diri mahasiswa baharu sebagai warga universiti yang bertanggungjawab, berdisiplin dan prihatin terhadap kesejahteraan komuniti serta kelestarian alam sekitar. Program ini turut mengukuhkan nilai kerja berpasukan, kepimpinan, semangat sukarelawan dan rasa memiliki terhadap kampus yang bakal menjadi medan menimba ilmu sepanjang pengajian.
 
Penganjuran program ini juga selari dengan aspirasi Universiti Putra Malaysia Sarawak untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik, malah memiliki sahsiah unggul, semangat kesukarelawanan yang tinggi serta kepekaan terhadap isu-isu kemasyarakatan dan alam sekitar.
 
 
 

 

Date of Input: 14/08/2026 | Updated: 14/08/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (04:37:32pm-04:42:32pm, 14 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]