PROGRAM KOMUNITI@UNIMADANI PUTRA-MUKAH 2025: TRANSFORMASI SOSIOEKONOMI DAN PEMERKASAAN INDUSTRI MAKANAN USAHAWAN WANITA KUALA BALINGIAN, MUKAH, SARAWAK MEMBERI KESAN POSITIF KEPADA PENDUDUK SETEMPAT | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » PROGRAM KOMUNITI@UNIMADANI PUTRA-MUKAH 2025: TRANSFORMASI SOSIOEKONOMI DAN PEMERKASAAN INDUSTRI MAKANAN USAHAWAN WANITA KUALA BALINGIAN, MUKAH, SARAWAK MEMBERI KESAN POSITIF KEPADA PENDUDUK SETEMPAT

PROGRAM KOMUNITI@UNIMADANI PUTRA-MUKAH 2025: TRANSFORMASI SOSIOEKONOMI DAN PEMERKASAAN INDUSTRI MAKANAN USAHAWAN WANITA KUALA BALINGIAN, MUKAH, SARAWAK MEMBERI KESAN POSITIF KEPADA PENDUDUK SETEMPAT

Mukah, 15 November 2025 - Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Sarawak telah menjalankan satu program bersama komuniti usahawan wanita di Kuala Balingian, Mukah. Objektif program ini adalah untuk memperkasakan industri makanan komuniti usahawan wanita Kuala Balingian, Mukah, Sarawak. Dr. Hanisah Kamilah Abd. Razak, selaku ketua projek bersyukur dengan kelancaran projek ini dan didapati terdapat kesan positif bagi keuntungan industri makanan para usahawan yang telah menyertai program ini.
 
Program ini menampilkan barisan penceramah pakar dalam bidang pemprosesan dan keselamatan makanan. Dr. Nor Nadiah Abdul Karim Shah membentangkan modul keselamatan makanan serta pensijilan iaitu HACCP, GMP dan Halal. Dr. Hanisah Kamilah Abd Razak menerangkan aspek kualiti makanan dan pengembangan produk agromakanan. Pn. Zahora Binti Ismail dan Pn. Azizah Mohamad berkongsi tentang teknik pengawetan melalui demonstrasi praktikal.
 
Seterusnya, Dr. Shiamala Devi Ramaiya memberikan fokus kepada pemprosesan produk berasaskan buah dan Prof. Dr. Noorasmah Saupi membincangkan pemprosesan produk daripada sayur-sayuran Sarawak serta diperkuatkan lagi dengan membimbing peserta mengenai pembungkusan dan penglabelan makanan mengikut standard industry oleh Dr. Roseliza Binti Kadir Basha, bagi meningkatkan keselamatan dan daya saing produk.
 
Beberapa sesi ceramah, aktiviti demonstrasi dan konsultasi telah diadakan untuk para usahawan wanita Kuala Balingian, Mukah. Ini adalah untuk menyediakan para usahawan memperoleh pemahaman yang lebih kukuh tentang keselamatan makanan, teknik pemprosesan yang betul dan kaedah pembungkusan yang mampu meningkatkan kualiti serta jangka hayat produk. Program ini juga membuka ruang untuk usahawan berkongsi cabaran dan mendapatkan panduan praktikal yang boleh diaplikasikan terus dalam perniagaan mereka.
 
Pada hari kejadian, program ini telah melabuhkan tirainya bagi sesi penyampaian ilmu yang turut disertai oleh PERKIM Cawangan Mukah. Ahli komuniti, Pn. Khairunisa Habi Rahman, berterima kasih bagi penganjuran program ini kerana telah banyak membimbing dan membantu perkembangan perniagaan makanan beliau dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Dekan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPM Sarawak, Prof Madya. Dr. Noorasmah Saupi, berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan. Sejajar dengan slogan UPM, iaitu Berilmu Berbakti.
 
Secara keseluruhan, program ini berjaya memperkasakan usahawan wanita Kuala Balingian melalui peningkatan ilmu dan kemahiran teknikal dalam penghasilan produk makanan berkualiti. Inisiatif ini turut menyokong dan meningkatkan pembangunan sosioekonomi setempat serta mengukuhkan peranan wanita sebagai peneraju industri makanan di Mukah, Sarawak.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 28/11/2025 | Updated: 28/11/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (02:37:02pm-02:42:02pm, 23 Jan 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]