PROGRAM LAWATAN MUHIBBAH KE BRUNEI DARUSSALAM DAN PROGRAM OUTBOUND JEJAK ASIA : NEGARA BRUNEI DARUSSALAM | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK
» NEWS » PROGRAM LAWATAN MUHIBBAH KE BRUNEI DARUSSALAM DAN PROGRAM OUTBOUND JEJAK ASIA : NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PROGRAM LAWATAN MUHIBBAH KE BRUNEI DARUSSALAM DAN PROGRAM OUTBOUND JEJAK ASIA : NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Pada 20-25 Jun 2024 telah berlangsungnya Program Lawatan Muhibah ke Negara Brunei Darussalam dan Program OUTBOUND Jejak Asia : Negara Brunei Darussalam anjuran Kelab PEMADAM Mahasiswa UPMKB, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak (UPMKB) dengan kerjasama Persatuan Persatuan PEMADAM Bintulu dan Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sri Rajang Sesi Akademik 2023/2024.
 
Seramai 29 orang peserta yang merupakan ahli Kelab PEMADAM UPMKB, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sri Rajang dan ahli Persatuan PEMADAM Bintulu telah terlibat dalam penganjuran program ini. Rombongan ini telah di ketuai oleh Puan Rosidah binti Basir yang merupakan Penolong Pendaftar Kanan merangkap penasihat bagi program ini. Majlis penutup bagi program ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Pengiran Hj. Nordin Pengiran Hj. Mahmud, Yang Dipertua Persatuan PERBEKAL.
 
Antara pengisian sepanjang program berlangsung melibatkan lawatan ke 6 tempat iaitu Pusat Pembangunan Belia (PBB), Pusat Reintegrasi, Jabatan Penjara dan Aftercare Support Association (AFSA), Pusat Akademik Sukan Memanah Ar-Rafi (PASMA), Pusat Dakwah Islamiah, Tenunan Songket, Pusat Sejarah Brunei dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
 
Selain itu juga, acara ramah mesra dan makan malam sepanjang 3 hari berlangsung di rumah Puan Saliha binti Hj. Liman (Setiausaha Agung bersama Tuan Hj. Zakaria bin Hj. Liman (Pengerusi Tetap), Pn. Hj. Halimatul Saadiah binti Hj. Ali ( Jawatankuasa Kerja) dan Pn. Hj. Mahani binti Hj. Bakar (Timbalan Bendahari Agung) bersama Tuan Hj. Abdullah bin Hj. Ibrahim (Penolong Setiausaha Agung) bagi memeriahkan lagi program lawatan Muhibbah ke Brunei Darussalam.
 
Pada 24 Jun, perlawanan sukan persahabatan badminton dan sukan rakyat antara PERBEKAL dan rombongan dari Malaysia, dapat mengeratkan hubungan silaturahim di samping memupuk semangat kesukanan dalam diri serta bergiat aktif dalam aktiviti bersama komuniti dan program sihat.
 
Pada 25 Jun, pihak rombongan juga telah melaksanakan program CSR iaitu sumbangan pokok buah-buahan terpilih daripada UPMKB kepada penduduk kampung dan pusat belia. Sumbangan agihan pokok kepada wakil-wakil bagi pusat belia, Kampung Lambak B, Sungai Cerana Mengkubau, Kampung Mata-Mata Gadong, Kampung Kuala Lurah dan Kampung Lambak Kanan. Pokok buah-buah yang terpilih seperti durian musang king, durian 168, durian belanda, jambu batu putih dan jambu batu isi pink.
 
Pihak penganjur berharap agar hubungan antara Negara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam ini terus berkekalan di masa hadapan dan diharap pelajar-pelajar dapat meluaskan pengalaman untuk bergiat aktif dalam program dua negara seperti seperti ini.
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 01/07/2024 | Updated: 01/07/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855201
-
W, (06:18:28pm-06:23:28pm, 16 Feb 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]