PROGRAM PUTRA FUTSAL ARENA 2026 “RANCAKKAN KEMBALI PENGLIBATAN BELIA DALAM SUKAN FUTSAL DI BINTULU” | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » PROGRAM PUTRA FUTSAL ARENA 2026 “RANCAKKAN KEMBALI PENGLIBATAN BELIA DALAM SUKAN FUTSAL DI BINTULU”

PROGRAM PUTRA FUTSAL ARENA 2026 “RANCAKKAN KEMBALI PENGLIBATAN BELIA DALAM SUKAN FUTSAL DI BINTULU”

BINTULU, 7 Februari - Stadium Muhibbah Bintulu sekali lagi menjadi tumpuan sukan futsal dengan penganjuran Program PUTRA Futsal Arena 2026 yang dianjurkan oleh pelajar Kursus QKS2104 Futsal (Kumpulan 1) Semester Kedua Sesi Akademik 2025/2026 UPM Sarawak. Dianggarkan seramai 150 orang peserta yang telah menyertai program terdiri daripada 15 buah pasukan dari seluruh Sarawak.
 
Program ini bertujuan merancakkan kembali pembangunan sukan futsal di Bintulu khususnya dan di Sarawak amnya. Pengarah program, Muhammad Afiq Wafi bin Mat Zuki berkata program seperti ini bukan sahaja sebagai salah satu syarat wajib bagi pelajar UPM Sarawak untuk bergraduat malah sebagai satu inisiatif serta usaha pelajar kepada komuniti bagi merancakkan kembali sukan futsal yang semakin dipandang sepi oleh masyarakat setempat.
 
Majlis Penutupan Program PUTRA Futsal Arena 2026 di Stadium Muhibbah telah dirasmikan oleh Encik Mohamad Syukri bin Mohamad Adnan, Ketua Pentadbir, Pejabat Pengurusan Pelajar (UPMS). Beliau dalam ucapan penutupannya menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.
 
Tidak lupa juga kepada semua penaja yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan program tersebut termasuk Pusat Khidmat Masyarakat DUN N.70 Samalaju, Lorong Coffee Bintulu, Sing Ann Lai Enterprise serta sumbangan peribadi oleh keluarga pelajar sendiri ujarnya. Beliau turut memaklumkan serta menggalakkan semua peserta agar mengambil bahagian dalam Karival Muzik dan Sukan (KAMUS) 2026 Edisi Ke-3 yang akan dianjurkan oleh UPM Sarawak pada Oktober 2026 yang akan datang.
 
Program yang berlangsung selama sehari ini menyaksikan penyertaan daripada 15 pasukan dari dalam dan luar kawasan Bintulu termasuk pasukan dari Selangau dan Kapit. Pertandingan tersebut telah diungguli oleh Pasukan BestMix FT sebagai juara yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.00, medal serta piala iringan. Manakala naib juara telah dimenangi oleh pasukan Vasillio FT yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM800.00 serta medal dan tempat ketiga bersama telah dimenangi oleh pasukan Remix FT dan Shomchai FT masing-masing membawa pulang wang tunai RM500.00 beserta medal.
 
Akhir sekali, pihak penganjur berharap dengan penganjuran program PUTRA Futsal Arena 2026 akan menjadi pemangkin serta platform pembangunan sukan futsal di Bintulu dan merancakkan kembali penglibatan golongan belia dalam aktiviti sukan dan riadah bagi meningkatkan kesihatan diri.
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 11/02/2026 | Updated: 11/02/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (04:59:31pm-05:04:31pm, 14 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]