Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) terus memperkukuh agenda kelestarian makanan kampus melalui Projek Pertanian Putra: Hidroponik @ KSR 2025, inisiatif pelajar Kolej Sri Rajang yang menggabungkan teknologi moden dan amalan hijau.
Menggunakan sistem Deep Flow Technique (DFT), projek ini menjimatkan air sehingga 90%, memperkukuh kemahiran pelajar dalam pertanian lestari, serta menyokong SDG 2 (Tiada Kelaparan) dan SDG 12 (Penggunaan & Pengeluaran Bertanggungjawab).
Hasil tanaman seperti sawi dan bayam dijual kepada warga kampus sebagai usaha memupuk komuniti lestari dan berdikari.
Date of Input: 05/11/2025 |
Updated: 05/11/2025 | lanz
MEDIA SHARING