PUTRA BAKTI RAMADAN 2026: MAHASISWA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK SANTUNI KOMUNITI JEPAK, SEMARAKKAN RAMADAN DENGAN JIWA KEBAJIKAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » PUTRA BAKTI RAMADAN 2026: MAHASISWA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK SANTUNI KOMUNITI JEPAK, SEMARAKKAN RAMADAN DENGAN JIWA KEBAJIKAN

PUTRA BAKTI RAMADAN 2026: MAHASISWA UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK SANTUNI KOMUNITI JEPAK, SEMARAKKAN RAMADAN DENGAN JIWA KEBAJIKAN

Program Putra Bakti Ramadan anjuran Pelajar Bakti Siswa Kumpulan 4, Sesi Akademik 2025/2026 Semester 2, Universiti Putra Malaysia Sarawak telah berlangsung dalam suasana penuh muafakat dan semangat kebersamaan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jawatankuasa One Stop Committee (OCS) bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Daerah Bintulu serta Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung Kampung Jepak Hulu dan Kampung Jepak Tengah.
 
Selain penyampaian Bakul Putra Bakti Ramadan kepada 11 keluarga asnaf, program ini turut menyerlah melalui aktiviti gotong-royong penyediaan bubur lambuk yang melibatkan mahasiswa dan penduduk kampung sebelum diagihkan kepada komuniti setempat sebagai juadah berbuka puasa.
 
Turut diadakan ialah gotong-royong pembersihan di Surau Darul Dakwah, Kampung Jepak Hulu, sebagai usaha memastikan persekitaran ibadah lebih selesa dan kondusif sepanjang Ramadan.
 
Program ini juga dimeriahkan dengan pemeriksaan kesihatan percuma bersama penduduk kampung bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan, serta aktiviti santai dan interaktif seperti pertandingan mewarna dan hafazan ayat lazim yang disertai anak-anak kampung bagi mencungkil bakat dan memupuk kecintaan terhadap ilmu serta nilai murni.
 
Keseluruhan pengisian program mencerminkan komitmen berterusan warga universiti dan komuniti dalam memperkukuh ukhuwah, menyemarakkan nilai kebajikan dan membina masyarakat yang lebih sejahtera.

 

 


 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 05/03/2026 | Updated: 05/03/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (03:28:50pm-03:33:50pm, 11 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]