PUTRASIHAT@UPMS: 10,000 LANGKAH SEMARAKKAN BUDAYA HIDUP SIHAT WARGA UPMS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » PUTRASIHAT@UPMS: 10,000 LANGKAH SEMARAKKAN BUDAYA HIDUP SIHAT WARGA UPMS

PUTRASIHAT@UPMS: 10,000 LANGKAH SEMARAKKAN BUDAYA HIDUP SIHAT WARGA UPMS

BINTULU, 21 Ogos 2026 – Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) hari ini menganjurkan Program PUTRASihat@UPMS: 10,000 Langkah sebagai usaha menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat serta memperkukuh kesejahteraan fizikal dan mental dalam kalangan warga universiti.
 
Program yang berlangsung dengan penuh semangat ini turut diadakan dengan kerjasama Persatuan Pentadbir UPM (PPUPM) bersempena Sambutan Bulan Pentadbir UPM 2026, selain menyokong inisiatif PUTRASihat yang dilaksanakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai usaha berterusan membudayakan amalan hidup sihat di tempat kerja.
 
Program yang bermula dengan flag off pada jam 8.00 pagi di Dewan Sri Kenyalang, UPMS ini turut diserikan dengan aktiviti Hiking UPMS Borneo Base, yang memberikan peluang kepada para peserta untuk mengamalkan aktiviti fizikal dalam suasana santai, mencabar dan menyeronokkan.
 
Penglibatan warga UPMS dalam program ini bukan sekadar mencapai sasaran 10,000 langkah, malah menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan, membina semangat kebersamaan serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih sihat, aktif dan positif.
 
Program ini juga mencerminkan komitmen UPMS dalam memperkasakan kesejahteraan warga universiti melalui pendekatan yang menggabungkan kesihatan fizikal, kesejahteraan mental dan semangat kekitaan.
 
Melangkah bersama bukan sekadar tentang jarak yang ditempuh, tetapi tentang usaha membina kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti.
 
10,000 langkah, satu langkah ke arah kehidupan yang lebih sihat!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 26/08/2026 | Updated: 26/08/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (09:47:07pm-09:52:07pm, 12 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]