SESI LAWATAN TAPAK & PENILAIAN PROJEK SDG MALAYSIA 2026 | ZON SARAWAK | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK 127
» NEWS » SESI LAWATAN TAPAK & PENILAIAN PROJEK SDG MALAYSIA 2026 | ZON SARAWAK

SESI LAWATAN TAPAK & PENILAIAN PROJEK SDG MALAYSIA 2026 | ZON SARAWAK

Pada 15–16 Mei 2026 yang lalu, telah berlangsung sesi lawatan tapak serta penilaian projek bagi inisiatif Program “Localising SDGs in Malaysia: Capacity Building on Monitoring and Impact Evaluation Program” Cohort 5/2026 melibatkan seramai 10 orang peserta.
 
Lawatan melibatkan dua kawasan Parlimen di Sarawak:
🔹 P209 Pakan, Julau
Penilaian projek pemasangan lampu solar tepi jalan di beberapa kawasan rumah panjang bagi meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan komuniti luar bandar.
🔹 P206 Tanjung Manis
 
Penilaian projek pemprosesan mee kuning melibatkan komuniti di Perumahan PUSAKA Tg Manis, Kampung Rejang dan Kampung Jerijih Belawai sebagai usaha memperkasa ekonomi komuniti setempat.
 
Sesi lawatan dan penilaian ini telah dilaksanakan oleh En. Peter Clarence Clunny dan Tuan Haji Fakhzan Haji Buang selaku ahli penilai yang dilantik oleh Persatuan Sains Sosial Malaysia dan All-Party Parliamentary Group Malaysia on Sustainable Development Goals.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 09/06/2026 | Updated: 09/06/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (02:03:52pm-02:08:52pm, 05 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]