Sesi Pembentangan bersama Yang Berhormat Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak untuk cadangan penubuhan Sekolah Perubatan Veterinar dan Sains Haiwan (SVAS), UPMKB pada 10 Jun 2025.
Susulan pembentangan tersebut semua pihak terlibat perlu memperkemas dan memperincikan jadual bajet serta membangunkan Bisnes Model SVAS sebelum di bentangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri untuk kelulusan.
Yang Berhormat Datuk Amar turut menyatakan pada prinsipnya Kerajaan Sarawak bersetuju (tertakluk kepada kelulusan kabinet) dengan kerjasama penubuhan SVAS di Sarawak dan memohon Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) untuk membawa Kertas MMKN dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pada bulan Ogos 2025.
Semoga usaha penubuhan Sekolah Perubatan Veterinar dan Sains Haiwan membuahkan hasil InshaAllah!
Date of Input: 12/06/2025 |
Updated: 12/06/2025 | lanz
MEDIA SHARING