Sesi Town Hall bersama Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), YBhg. Prof. Dr. Ir. B.T. Hang Tuah Baharudin telah diadakan pada 7 Julai 2025 (Isnin), jam 9.30 pagi di Putra Smart Classroom, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS).
Sesi ini berlangsung secara hybrid dan telah melibatkan kehadiran pensyarah, ahli penyelidik dan pegawai universiti. Perbincangan tertumpu kepada peranan dan tanggungjawab dalam memperkukuh jaringan kerjasama dengan industri dan komuniti.
Turut berkongsi secara dalam talian ialah wakil dari Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CIRNet) dan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC).
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi komitmen dalam sesi ini. Semoga apa yang dikongsi dapat dimanfaatkan dalam pelaksanaan aktiviti di peringkat kampus.
Date of Input: 10/07/2025 |
Updated: 10/07/2025 | lanz
MEDIA SHARING