Bintulu, 6 Ogos 2026 - Dengan penuh rasa syukur, 3rd Congress on Sustainable Agriculture and Food Security (COSAFS 2026) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil komitmen, kerjasama dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak yang terlibat.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada seluruh Jawatankuasa Penganjur COSAFS 2026, warga Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS), para sukarelawan, rakan strategik, penaja, pembentang, peserta serta semua pihak yang telah menyumbangkan kepakaran, tenaga, masa dan sokongan sepanjang penganjuran kongres ini.
Kejayaan COSAFS 2026 merupakan manifestasi semangat kerja berpasukan, profesionalisme serta iltizam yang tinggi dalam menjayakan sebuah persidangan bertaraf antarabangsa. Setiap sumbangan, sama ada di barisan hadapan mahupun di sebalik tabir, telah memainkan peranan yang amat bermakna dalam memastikan kelancaran dan kecemerlangan penganjurannya.
Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi amal kebajikan yang berterusan, serta menjadi asas kepada lebih banyak kejayaan pada masa hadapan dalam memperkukuh kecemerlangan Universiti Putra Malaysia Sarawak di peringkat nasional dan antarabangsa.
Terima kasih atas segala komitmen, dedikasi dan semangat yang telah diberikan. Kejayaan COSAFS 2026 adalah kejayaan kita bersama.
Date of Input: 17/08/2026 |
Updated: 17/08/2026 | lanz
MEDIA SHARING