TAHNIAH PASUKAN RAGBI UPMS | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » TAHNIAH PASUKAN RAGBI UPMS

TAHNIAH PASUKAN RAGBI UPMS

Kuching, 1 Ogos - Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Pasukan Ragbi UPMS atas kejayaan muncul Naib Juara Piala (Cup) dalam Sukan IPT Sarawak 2026.
 
Walaupun tewas kepada UNIMAS 21–7 dalam perlawanan akhir, pencapaian ini membuktikan semangat juang, disiplin dan komitmen tinggi yang dipamerkan oleh seluruh pasukan sepanjang kejohanan.
 
Bagi kategori Ragbi Wanita, pasukan UPMS berjaya meraih Tempat Ketiga (Bersama), sekali gus membuktikan kesungguhan dan daya saing yang tinggi dalam kejohanan ini.
 
Syabas dan tahniah kepada semua pemain, jurulatih serta pengurusan pasukan atas usaha dan dedikasi yang telah mengharumkan nama UPMS.
 
UPMS Terus Mansang, terus mengorak kejayaan.
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 14/08/2026 | Updated: 14/08/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (02:46:24pm-02:51:24pm, 15 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]