TAHNIAH PROF. DR. SHAHRUL RAZID SARBINI PENERIMA ANUGERAH PEGAWAI CONTOH KATEGORI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN (KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI) TAHUN 2024 SEMPENA SAMBUTAN HARI PERKHIDMATAN AWAM SARAWAK TAHUN 2025 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK 127
» NEWS » TAHNIAH PROF. DR. SHAHRUL RAZID SARBINI PENERIMA ANUGERAH PEGAWAI CONTOH KATEGORI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN (KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI) TAHUN 2024 SEMPENA SAMBUTAN HARI PERKHIDMATAN AWAM SARAWAK TAHUN 2025

TAHNIAH PROF. DR. SHAHRUL RAZID SARBINI PENERIMA ANUGERAH PEGAWAI CONTOH KATEGORI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN (KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI) TAHUN 2024 SEMPENA SAMBUTAN HARI PERKHIDMATAN AWAM SARAWAK TAHUN 2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah UPM Sarawak, atas penganugerahan Anugerah Pegawai Contoh Kategori Perkhidmatan Awam Persekutuan (Kumpulan Pengurusan Tertinggi) Tahun 2024 sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Sarawak Tahun 2025.
 
Penganugerahan berprestij ini mencerminkan keyakinan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) terhadap ketokohan, integriti dan kepimpinan cemerlang Prof. Dr. Shahrul Razid dalam mengangkat martabat UPM Sarawak.
 
Di bawah kepimpinan beliau, UPM Sarawak terus memperkukuh peranan sebagai institusi peneraju ilmu, memperluas akses pendidikan tinggi, serta memperhebat jaringan kerjasama strategik demi manfaat komuniti setempat dan pembangunan negeri Sarawak.
 
Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan warga UPM Sarawak, malah menjadi pembakar semangat untuk terus memperkasa budaya kecemerlangan, inovasi dan profesionalisme dalam perkhidmatan awam serta pendidikan tinggi.
 
Syabas dan tahniah diucapkan sekali lagi. Semoga Prof. terus memimpin UPM Sarawak dengan visi yang lebih luas, memperkukuh hubungan strategik antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan, serta mempertingkat visibiliti UPM Sarawak terus mansang di Kepulauan Borneo dan peringkat global.
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 21/11/2025 | Updated: 27/11/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (02:12:02pm-02:17:02pm, 05 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]