TAHNIAH & SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2026/2027 BAGI KEMASUKAN KEDUA (AMBILAN PROGRAM DIPLOMA/PERSEDIAAN DIPLOMA SAINS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK! | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » TAHNIAH & SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2026/2027 BAGI KEMASUKAN KEDUA (AMBILAN PROGRAM DIPLOMA/PERSEDIAAN DIPLOMA SAINS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK!

TAHNIAH & SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2026/2027 BAGI KEMASUKAN KEDUA (AMBILAN PROGRAM DIPLOMA/PERSEDIAAN DIPLOMA SAINS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK!

Bintulu, 27 Julai - Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu Ambilan Program Diploma dan Persediaan Diploma Sains yang telah memilih UPMS sebagai destinasi untuk meneruskan pengajian.

Hari ini merupakan permulaan kepada satu perjalanan baharu yang penuh dengan peluang, cabaran dan pengalaman bermakna. Rebutlah setiap ruang untuk menimba ilmu, membina sahsiah, mengembangkan bakat serta mencipta kenangan indah sepanjang bergelar mahasiswa dan mahasiswi UPMS.
 
📅 Tarikh Pendaftaran: 27 Julai 2026 (Isnin)
📍 Tempat: Dewan Sri Kenyalang, Universiti Putra Malaysia Sarawak
 
Selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar Universiti Putra Malaysia Sarawak. Semoga anda terus melakar kecemerlangan akademik, kepimpinan dan sahsiah berteraskan semangat Berilmu Berbakti, seterusnya bersama-sama membawa nama UPMS terus MANSANG.
 
"Legasi Kecemerlangan Ilmu Bermula Di Sini."
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 01/08/2026 | Updated: 01/08/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (02:44:18pm-02:49:18pm, 15 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]