21 Mei 2026 Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah mengadakan Program Taklimat Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bintulu, Sarawak bertempat di Dewan Seminar MRSM Bintulu melibatkan pelajar Tingkatan 5 sebagai pendedahan awal berkaitan peluang melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi.
Program ini bertujuan memberi penerangan berkaitan syarat kemasukan universiti, program pengajian yang ditawarkan, peluang kerjaya serta kepelbagaian laluan pendidikan tinggi yang boleh diterokai oleh pelajar selepas tamat persekolahan. Selain itu, taklimat ini turut membantu pelajar membuat perancangan akademik yang lebih jelas dan berinformasi.
Taklimat telah disampaikan oleh wakil Pejabat Pengurusan Akademik dan Penyelidikan UPM Sarawak, Seksyen Promosi Akademik UPM serta Bahagian Kemasukan Sekolah Pengajian Siswazah UPM yang berkongsi maklumat berkaitan kemasukan ke universiti, program akademik, peluang pengajian pascasiswazah dan hala tuju pendidikan tinggi.
Program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama yang amat baik daripada En. Amiruddin bin Mohammad Ghazali selaku Pengetua MRSM Bintulu Sarawak dalam usaha membantu pelajar memperoleh pendedahan awal mengenai peluang pendidikan tinggi dan perancangan akademik masa hadapan.
Turut hadir menjayakan program ialah Pengetua MRSM Bintulu Sarawak bersama barisan pegawai daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS).
Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dan motivasi pelajar mengenai peluang pendidikan tinggi serta memperkukuhkan hubungan strategik antara Universiti Putra Malaysia Sarawak dan institusi pendidikan di Sarawak.
Date of Input: 09/06/2026 |
Updated: 09/06/2026 | lanz
MEDIA SHARING