Bintulu, 23 Mei 2024 - Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMKB telah menganjurkan Tea Talk Series 1 2024: Workshop on Characterizing Organelle Genome of Plants. Seramai 12 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar pascasiswazah Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan telah menyertai program ini.
Siri Tea Talk (yang berbentuk bengkel) diadakan selama tiga jam ini disampaikan oleh Professor Dr. Lee Shiou Yih dari INTI International University dan Pensyarah Kanan UPMKB, Ts. Dr. Shiamala Devi Ramaiya sebagai moderator.
​Melalui bengkel ini, pelajar pascasiswazah telah didedahkan dengan pengenalan kepada genetik, Sanger sequencing, Next-generation sequencing (NGS) dan beberapa perkongsian di dalam bidang bioinformatik. Selain itu, pelajar juga telah diperkenalkan kepada beberapa perisian komputer khas bagi mencirikan genom organel tumbuhan.
Professor Dr. Lee Shiou Yih membimbing pelajar dalam menggunakan perisian khusus iaitu NOVOWrap, Strawberry dan NCBI untuk menganalisis genom organel tumbuhan. Sesi ini telah disampaikan dengan penuh ilmiah oleh Professor Dr. Lee Shiou bagi membantu pelajar pascasiswazah untuk mengenalpasti genetic tools dalam bidang bioinformatik.
​Dengan pendedahan ini, pelajar pascasiswazah dapat menggunakan pemahaman yang diperolehi dalam kegiatan penyelidikan mereka sekaligus membantu mereka dalam mempersiapkan diri untuk menyumbang kepada perkembangan sains dan industri pertanian dan perhutanan di masa depan.
Date of Input: 27/05/2024 |
Updated: 27/05/2024 | lanz
MEDIA SHARING