UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK PERSEMBAHKAN CENDERAMATA KERINGKAM KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN BRUNEI SEMPENA KONVOKESYEN KE-15 UNISSA | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK PERSEMBAHKAN CENDERAMATA KERINGKAM KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN BRUNEI SEMPENA KONVOKESYEN KE-15 UNISSA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK PERSEMBAHKAN CENDERAMATA KERINGKAM KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN BRUNEI SEMPENA KONVOKESYEN KE-15 UNISSA

Bandar Seri Begawan, 21 Ogos 2025 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima cenderamata K
Bandar Seri Begawan, 21 Ogos 2025 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berkenan menerima cenderamata istimewa berupa Keringkam daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak sempena Majlis Hafl Al-Takharruj Konvokesyen ke-15 Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Brunei Darussalam.
 
Cenderamata tersebut telah dipersembahkan oleh Pengarah UPM Sarawak, mewakili YBhg. Dato’ Naib Canselor UPM, sebagai simbol penghargaan dan jalinan muhibah antara institusi pengajian tinggi di Malaysia dan Brunei Darussalam.
 
Keringkam, iaitu sejenis tudung atau selayah warisan tekstil tradisional masyarakat Melayu Sarawak, terkenal dengan kehalusan seni sulamannya yang berasaskan motif flora seperti bunga tanjung, bunga ros, dan pucuk rebung. Keringkam yang dipersembahkan kepada Baginda Sultan merupakan hasil tangan halus Puan Hajjah Norlela Japar dari Kuching, Sarawak.
 
Mengambil masa selama 14 hari untuk disiapkan sepenuhnya, helaian eksklusif ini diperbuat daripada kain halus dan disulam dengan benang emas bermotifkan bunga tabur Sarawak yang diserikan dengan sulaman “UPM Sarawak”. Pemilihan motif tersebut melambangkan perkembangan serta peranan UPM Sarawak dalam memperkukuhkan agenda pendidikan tinggi di rantau Borneo.
 
Sebagai sebuah warisan budaya, tudung Keringkam bukan sekadar perhiasan, tetapi merupakan lambang keindahan, identiti, dan nilai sentimental wanita Melayu Sarawak. Keistimewaan proses pembuatannya yang rumit menjadikannya sukar diperoleh di pasaran terbuka, justeru mempertingkatkan lagi nilainya sebagai pusaka berharga yang diwariskan dari generasi ke generasi.
 
UPM Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak UNISSA dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) atas jemputan serta sambutan mesra yang diberikan sepanjang majlis berlangsung. Melalui penghormatan ini, UPM Sarawak berharap hubungan akademik dan persahabatan antara kedua-dua institusi akan terus diperkukuh, sekaligus menyumbang kepada pembangunan ilmu pengetahuan serta manfaat bersama bagi rakyat Malaysia dan Brunei Darussalam.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

eringkam daripada Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) sempena Konvokesyen ke-15 Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Brunei Darussalam.
 
Cenderamata istimewa warisan seni tekstil Melayu Sarawak itu disampaikan oleh Pengarah UPM Sarawak, mewakili YBhg. Dato’ Naib Canselor UPM, sebagai tanda penghargaan serta jalinan muhibah antara institusi pengajian tinggi Malaysia dan Brunei di rantau Borneo. Keringkam berkenaan turut disulam dengan nama UPM Sarawak. Keringkam atau Selayah ialah selendang tradisional wanita Melayu Sarawak bersulam benang emas atau perak bermotif flora. Dahulu keringkam khusus untuk bangsawan tetapi kini digayakan oleh masyarakat umum sebagai pelengkap busana indah, mewah dan bernilai sentimental tinggi terutama pada majlis istimewa.
 
Selain itu, UPM Sarawak yang merupakan seketariat tetap Konsortium Universiti Universitas Borneo (KUUB) turut mengambil peluang untuk menjalinkan pengukuhan jaringan strategik antara UPM Sarawak, KUUB dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB) melalui perbincangan kerjasama akademik, kepimpinan dan khidmat komuniti. Perbincangan ini membuka ruang untuk kolaborasi dua hala yang lebih erat dalam pelbagai bidang pendidikan tinggi, penyelidikan dan pemerkasaan komuniti rentas sempadan.
 
Delegasi UPM Sarawak ke Brunei turut disertai oleh Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah UPMS, Encik Noor Hakim Bin Ahmad, Ketua Pentadbiran UPMS dan Tuan Haji Fakhzan Haji Buang, Ketua Sekretariat KUUB, yang berperanan mengukuhkan lagi kerjasama institusi pengajian tinggi dalam rangka konsortium di Borneo.
 
UPM Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jemputan serta sambutan mesra daripada pihak UNISSA dan KUPUSB, dan berharap hubungan yang terjalin ini akan terus diperkukuh ke arah pembangunan ilmu dan manfaat bersama rakyat di kedua-dua negara.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 29/08/2025 | Updated: 03/09/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (04:38:59pm-04:43:59pm, 14 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]