BINTULU, 31 Julai 2025 – Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad telah menganjurkan program Tree Planting: 10-Year Integrated Tree Planting, Protection & Habitat Restoration Campaign (Siri 1/2025) bertempat di Hutan Nirwana, FSPH.
Program ini merupakan inisiatif bersama dalam memperkukuh usaha pemuliharaan biodiversiti dan ekosistem semula jadi, di samping menyokong agenda mitigasi perubahan iklim dan penyerapan karbon secara berterusan.
Sepanjang program berlangsung, sebanyak 300 anak pokok hutan pelbagai spesies seperti gaharu, belian, dabai, durian, nyatoh, ficus, kapur paji dan keruing telah ditanam di kawasan yang dikenal pasti.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen jangka panjang kedua-dua pihak dalam melaksanakan amalan kelestarian serta mendidik komuniti mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar secara konsisten dan berimpak tinggi.
Date of Input: 08/08/2025 |
Updated: 08/08/2025 | lanz
MEDIA SHARING