UPM SARAWAK NILAI PENCAPAIAN KPI ENTITI BAGI TAHUN 2025 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » UPM SARAWAK NILAI PENCAPAIAN KPI ENTITI BAGI TAHUN 2025

UPM SARAWAK NILAI PENCAPAIAN KPI ENTITI BAGI TAHUN 2025

BINTULU, 11 Disember – Universiti Putra Malaysia Sarawak telah mengadakan Sesi Pembentangan Pencapaian KPI Entiti UPMS bagi tahun 2025 bertempat di Putra Smart Classroom. Sesi berkenaan menghimpunkan para ketua entiti dan pegawai kanan universiti bagi membentangkan pencapaian masing-masing kepada Pengarah UPM Sarawak.
 
Program ini bertujuan menilai tahap pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap entiti sepanjang tahun 2025 serta memastikan pelaksanaan strategi universiti berada pada landasan yang tepat. Semua entiti turut membentangkan prestasi berdasarkan Pelan Penjajaran Strategik UPM Sarawak merangkumi aspek akademik, penyelidikan, perkhidmatan, pembangunan pelajar dan pengurusan.
 
Melalui sesi ini pihak pengurusan dapat menilai keberkesanan setiap inisiatif serta mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memperkukuh kecemerlangan UPM Sarawak pada tahun mendatang.
 
UPM Sarawak merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan sesi pembentangan ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 15/12/2025 | Updated: 15/12/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (10:52:02pm-10:57:02pm, 13 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]