UPM SARAWAK PERKASA ASPIRASI PENDIDIKAN PELAJAR SABAH MELALUI TAKLIMAT PENDIDIKAN IPT | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » UPM SARAWAK PERKASA ASPIRASI PENDIDIKAN PELAJAR SABAH MELALUI TAKLIMAT PENDIDIKAN IPT

UPM SARAWAK PERKASA ASPIRASI PENDIDIKAN PELAJAR SABAH MELALUI TAKLIMAT PENDIDIKAN IPT

Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPM Sarawak) terus memperkukuh usaha mendekati komuniti pendidikan di Sabah menerusi pelaksanaan Taklimat Pendidikan Institut Pengajian Tinggi (IPT) kepada kira-kira 500 orang pelajar di SM St. Michael, Penampang dan SM La Salle, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Ogos 2026.
 
Program ini dianjurkan melalui kerjasama Pejabat Pengurusan Akademik dan Penyelidikan UPM Sarawak (UPMS) bersama Seksyen Promosi Akademik UPM, sebagai salah satu usaha memperluas capaian maklumat pendidikan tinggi kepada pelajar sekolah menengah.
 
Taklimat yang disampaikan memberi fokus kepada pendedahan mengenai peluang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi, laluan kerjaya serta program-program akademik yang ditawarkan oleh UPM. Pendekatan ini diharap dapat membantu pelajar membuat perancangan pendidikan yang lebih jelas berdasarkan minat, potensi dan hala tuju kerjaya masing-masing.
 
Pelaksanaan program turut melibatkan pelajar daripada peringkat Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima, selaras dengan objektif UPM untuk mendekati bakal pelajar serta memberikan maklumat yang tepat berkaitan pilihan pengajian tinggi.
 
Rombongan UPM diketuai oleh pegawai daripada Pejabat Pengurusan Akademik dan Penyelidikan UPM Sarawak serta Seksyen Promosi Akademik UPM, termasuk Puan Rosidah binti Basir, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Pengurusan Akademik dan Penyelidikan UPM Sarawak, Encik Mohamad Fiddezuan bin Ahmad Murad, Ketua Seksyen Promosi Akademik UPM, serta pegawai promosi akademik UPM.
 
Inisiatif ini mencerminkan komitmen UPM Sarawak dalam memperkukuh jaringan strategik bersama institusi pendidikan di Sabah, di samping memastikan maklumat berkaitan peluang pendidikan tinggi dapat disampaikan secara langsung kepada pelajar.
 
UPM Sarawak terus komited menjadi pemangkin aspirasi pendidikan generasi muda Sabah dan Sarawak melalui pendekatan promosi akademik yang lebih dekat, inklusif dan berimpak.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 18/08/2026 | Updated: 18/08/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (11:48:53am-11:53:53am, 08 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]