UPM SARAWAK RAIH EMPAT PINGAT, AKHIRI CABARAN SUKAN IPT SARAWAK 2026 DI TANGGA KE-6 KESELURUHAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » UPM SARAWAK RAIH EMPAT PINGAT, AKHIRI CABARAN SUKAN IPT SARAWAK 2026 DI TANGGA KE-6 KESELURUHAN

UPM SARAWAK RAIH EMPAT PINGAT, AKHIRI CABARAN SUKAN IPT SARAWAK 2026 DI TANGGA KE-6 KESELURUHAN

Kota Samarahan, 2 Ogos 2026 – Kontinjen Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPM Sarawak) menamatkan saingan Sukan IPT Sarawak 2026 dengan pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih dua pingat perak dan dua pingat gangsa, sekali gus menduduki tempat keenam keseluruhan daripada 28 institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengambil bahagian.
 
Dua pingat perak berjaya disumbangkan menerusi acara Ragbi 7 Sebelah Lelaki dan Badminton Beregu Wanita 1 yang masing-masing muncul sebagai naib juara. Sementara itu, dua pingat gangsa diperoleh menerusi acara Ragbi 7 Sebelah Wanita serta Badminton Beregu Wanita 2, yang kedua-duanya menamatkan pertandingan di kedudukan ketiga bersama.
 
Pencapaian ini mencerminkan semangat juang, komitmen serta kerja berpasukan yang tinggi dalam kalangan atlet dan pegawai kontinjen UPM Sarawak sepanjang temasya berlangsung.
 
Bagi kedudukan keseluruhan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) selaku tuan rumah dinobatkan sebagai johan keseluruhan dengan kutipan 14 pingat emas, diikuti Politeknik Kuching Sarawak 4 pingat emas di tempat kedua, manakala IPG Kampus Tun Abdul Razak (KTAR) menduduki tempat ketiga dengan kutipan 2 pingat emas.
 
Majlis penutupan Sukan IPT Sarawak 2026 telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Hanafiah Ayub, Timbalan Setiausaha Bahagian (Seksyen Sukan), Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia.
 
Tahniah diucapkan kepada seluruh atlet, jurulatih, pegawai dan warga kontinjen UPM Sarawak atas dedikasi serta pencapaian yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada prestasi yang lebih cemerlang pada edisi akan datang.
 
 
 
 

 

Date of Input: 17/08/2026 | Updated: 17/08/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (02:28:05pm-02:33:05pm, 15 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]