UPM SARAWAK RAIH NAIB JOHAN PERTANDINGAN SEPANDUK SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU 1447H / 2025M | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » UPM SARAWAK RAIH NAIB JOHAN PERTANDINGAN SEPANDUK SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU 1447H / 2025M

UPM SARAWAK RAIH NAIB JOHAN PERTANDINGAN SEPANDUK SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU 1447H / 2025M

Bintulu, 6 September 2025 – Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah mencatat kejayaan apabila diumumkan sebagai Naib Johan Pertandingan Sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 1447H / 2025M.
 
Majlis sambutan yang bermula di Dewan Suarah Bintulu dengan perarakan mengelilingi pusat bandar itu telah menghimpunkan pelbagai kontinjen daripada agensi kerajaan, institusi pendidikan serta masyarakat setempat dalam suasana penuh semangat kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad.
 
Kontinjen UPM Sarawak yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah UPM Sarawak, disertai seramai 65 orang staf yang turut sama menyemarakkan perarakan pada pagi tersebut. Bagi kemenangan ini, UPM Sarawak menerima hadiah wang tunai berjumlah RM750.00, beserta sijil penghargaan dan plak yang telah disampaikan oleh YB Iskandar Turkee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak.
 
Pencapaian ini merupakan hasil usaha gigih serta kerjasama padu semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam proses persiapan, pelaksanaan dan penyertaan sepanjang majlis sambutan tersebut.
 
UPM Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh warga kampus yang menjayakan penyertaan ini. Sesungguhnya kejayaan ini membuktikan bahawa dengan kesungguhan dan semangat berpasukan, setiap usaha akan membuahkan hasil yang membanggakan.
 
Syabas dan Tahniah!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Date of Input: 08/09/2025 | Updated: 08/09/2025 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (02:04:43am-02:09:43am, 17 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]