Bintulu, 5 Oktober 2024 - Penganjuran Bengkel Ngajat anjuran sempena Karnival Muzik dan Sukan 2024 (KAMUS 2024) (Edisi Ke-2) anjuran bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak (MTCP) dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) serta dengan kerjasama Bintulu Port Holdings Berhad, Konsortium Universiti Universitas Borneo dan Remix Technologies telah diadakan dengan jayanya di Bilik Latihan 1, Tingkat 1, Pusat Pelajar UPMKB dengan jayanya.
Para peserta seramai 18 orang yang terdiri daripada Bahagian Bintulu telah menyertai bengkel sehari itu yang dikendalikan oleh En. Fazry Abdullah bersama Majestic Shades Dancers Association Bintulu.
Beliau bukan sahaja menyampaikan teknik asas tarian ngajat namun turut berkongsi berkenaan budaya dan etnik suku kaum iban terutamanya menerangkan asal usul tarian ngajat serta etika menggunakan kostum semasa mempersembahkan tarian ngajat.
Penyelaras Bengkel Ngajat En. Ainul Fikri Bin Mohamad Pauzi berkata Bengkel Tarian Ngajat bukan hanya tentang menguasai gerakan tarian, tetapi juga tentang memahami dan menghargai kekayaan budaya yang diwariskan oleh generasi terdahulu.
Para peserta yang berjaya menamatkan bengkel ini telah diberikan sijil oleh En. Ainul Fikri Bin Mohamad Pauzi selaku Penyelaras Bengkel Ngajat KAMUS Edisi ke-2.
Date of Input: 07/10/2024 |
Updated: 07/10/2024 | lanz
MEDIA SHARING