Bintulu, 5 Oktober 2024 - Penganjuran Bengkel Sape anjuran sempena Karnival Muzik dan Sukan 2024 (KAMUS 2024) (Edisi Ke-2) anjuran bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak (MTCP) dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) serta dengan kerjasama Bintulu Port Holdings Berhad, Konsortium Universiti Universitas Borneo dan Remix Technologies ini telah diadakan di Bilik Kuliah 2 dan 3, UPMKB dengan jayanya.
Para peserta seramai 26 orang yang terdiri daripada Bahagian Bintulu telah menyertai bengkel sehari itu yang dikendalikan oleh En. Morni Ismail dan En. Mohammad Shamirul Mohd Ikhwan.
Beliau menyampaikan pelbagai topik yang berkisar tentang sape termasuk cara memetiknya yang merangkumi pengenalan asal usul sape dan cara mengendalikan sape.
Kata En.Morni Ismail, dengan adanya bengkel ini menjadi platform kepada pengemar seni muzik sape sebagai usaha memartabatkan industri muzik itu, jelas beliau.
Penyelaras Bengkel Sape En. Andison Nissen berkata bengkel ini jugq bertujuan menarik minat belia untuk lebih mendekati instrument tersebut disamping memanfaatkan populariti sape di kalangan belia di Sarawak dan di Malaysia secara keseluruhannya, katanya.
Para peserta yang berjaya menamatkan bengkel ini telah disempurnakan oleh En. Mohamad Syukri Mohamad Adnan, Ketua Pentadbir, Pejabat Pengurusan Pelajar UPMKB mewakili Pengarah Kampus.
Date of Input: 07/10/2024 |
Updated: 07/10/2024 | lanz
MEDIA SHARING