Bintulu, 5 Oktober 2024 - Penganjuran Pertandingan Battle of the Band dan Kostum Tradisional sempena Karnival Muzik dan Sukan 2024 (KAMUS 2024) (Edisi Ke-2) anjuran bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak (MTCP) dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) serta dengan kerjasama Bintulu Port Holdings Berhad, Konsortium Universiti Universitas Borneo dan Remix Technologies ini telah diadakan di Dewan Sri Kenyalang, UPMKB dengan jayanya.
Sebanyak 7 kumpulan telah berentap dalam pertandingan Battle of the Band dan 13 orang peserta telah memperagakan pakaian tradisional masing-masing bagi pertandingan Kostum Tradisional pada malam tersebut.
Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh En. Mohamad Syukri Mohamad Adnan, Ketua Pentadbir, Pejabat Pengurusan Pelajar UPMKB mewakili Pengarah Kampus, UPMKB. Antara tetamu kehormat yang turut bersama-sama menyempurnakan majlis berkenaan adalah Dr. Syeed SaifulAzry Osman Al Edrus, En. Awang Ahmad Faizi Awang Dahlan dan En Mohammad Thaqif Tong.
Keputusan bagi kedua-dua pertandingan berkenaan adalah seperti berikut:
Battle of the Band:
Johan : ABCDE!!
Naib Johan : Medusa
Tempat Ketiga : Equinox Band
Anugerah Individu Terbaik Battle of the Band:
1) Vocalis Terbaik :ABCDE!!
2) Gitaris Terbaik:Cerobong Hitam
3)Bassist Terbaik:The Stranger
4)Drummer Terbaik:ABCDE!!
5) Keyboard Terbaik:POP Orang Awam
Kostum Tradisional
Johan : Elizabeth Lian
Naib Johan : Thevasri A/P Pariyasamy
Tempat Ketiga : Amirul Hakim Bin Gani
Date of Input: 09/10/2024 |
Updated: 09/10/2024 | lanz
MEDIA SHARING