UPMKB KEKALKAN KEMENANGAN DALAM KATEGORI FAKULTI ANUGERAH PENGURUSAN LAMAN WEB SEMPENA HKIP 2023/2024 | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK sarawak
» NEWS » UPMKB KEKALKAN KEMENANGAN DALAM KATEGORI FAKULTI ANUGERAH PENGURUSAN LAMAN WEB SEMPENA HKIP 2023/2024

UPMKB KEKALKAN KEMENANGAN DALAM KATEGORI FAKULTI ANUGERAH PENGURUSAN LAMAN WEB SEMPENA HKIP 2023/2024

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) sekali lagi berjaya mengekalkan prestasi cemerlang dengan memenangi Kategori Fakulti Anugerah Pengurusan Laman Web sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) 2023/2024.
 
Pengiktirafan ini menunjukkan komitmen tinggi UPMKB dalam memastikan laman web fakulti sentiasa terkini, mesra pengguna, dan memenuhi standard kualiti yang ditetapkan.
 
Kemenangan ini juga mencerminkan usaha berterusan kampus dalam memperkasakan komunikasi digital dan penyampaian maklumat kepada semua pihak berkepentingan.
 
Majlis penyampaian anugerah disempurnakan dengan penuh gilang-gemilang, dimana Encik Noor Hakim Ahmad, Ketua Pentadbiran Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB), hadir mewakili kampus untuk menerima anugerah berprestij tersebut.
 
Tahniah kepada semua pihak yang terlibat atas kejayaan ini. Semoga UPMKB terus unggul dalam setiap pencapaian pada masa akan datang!
 
 

 

Date of Input: 21/11/2024 | Updated: 21/11/2024 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (11:06:32am-11:11:32am, 17 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]