UPMS JOHAN PERTANDINGAN SEPANDUK MAULIDUR RASUL 1448H/2026M | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK 127
» NEWS » UPMS JOHAN PERTANDINGAN SEPANDUK MAULIDUR RASUL 1448H/2026M

UPMS JOHAN PERTANDINGAN SEPANDUK MAULIDUR RASUL 1448H/2026M

BINTULU, 25 Ogos 2026 – Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) melakar kejayaan apabila dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Sepanduk Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Bintulu Tahun 1448H/2026M bagi Kategori B: Sekolah Menengah, Pusat Kemahiran dan Institusi Pengajian Tinggi.
 
Majlis perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung di Dewan Suarah Bintulu itu turut menyaksikan UPMS menerima hadiah wang tunai RM1,000.00 berserta sijil dan plak yang disampaikan oleh Timbalan Residen Bahagian Bintulu, Abang Zainuddin Abang Turkey.
 
Kejayaan ini menjadi bukti hasil kerjasama, komitmen dan semangat berpasukan yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, sebelum, semasa dan selepas majlis.
 
Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan penyertaan UPMS dalam pertandingan ini. Usaha yang ikhlas, kerjasama yang erat dan semangat yang kuat akhirnya membuahkan hasil.
 
Syabas UPMS! Bersama-sama kita terus mansang, melangkah maju dan #BerilmuBerbakti
 
 
 

 

Date of Input: 26/08/2026 | Updated: 26/08/2026 | lanz

MEDIA SHARING

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SARAWAK

Nyabau Road,
97008 Bintulu, Sarawak,
Malaysia

086855205
-
X, (12:55:18am-01:00:18am, 06 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]